Jumpa lagi di arena blog ini. Ok..kenapa kali ini editor memilih tajuk ini. Tidak lain tidak bukan kerana editor sangat tersentuh dan kagum diatas ingatan oleh peserta dalam program ini sehari yang lepas dan tidak lain tidak bukan OKP di pejabat editor bertugas ini.
Penulis akan meringkaskan topik ini sedaya yang boleh dengan cara menyertakan Gambar-gambar yang menarik dan akan membuat ulasan pada gambar itu sahaja dan sudah tentu akan bermula dengan kursus selama 3 hari seperti gambar dibawah ini.
Gambar peserta kursus yang terdiri daripada Kakitangan AADK Zon Utara iaitu dari Perlis sehingga ke Pulau Pinang dan juga kakitangan Jabatan Kaunseling Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
Di atas ini ialah banner untuk kursus yang penulis sertai, walaupun kursus tersebut dilakukan pada tahun 2011,tetapi penulis terasa seperti baru semalam diadakan..alhamdulillah.
Dalam kursus ini penulis dan semua peserta sangat dititikberatkan supaya melakukan praktikal yang bersungguh-sungguh supaya dapat menepati ciri-ciri seorang kaunselor yang baik serta dapat menyampaikan modul CBT ini mengikut kualiti yang telah gariskan oleh Pencetus Program CBT ini,
iaitu: Pensyarah Kanan UNIMAP
Tuan Haji Huzili Bin Hussin
Pada gambar diatas menunjukkan sepanjang 3 hari berkursus, 90% pengisiannya adalah melakukan praktikum yang berkonsepkan KSB..Inilah keistimewaan dalam kursus ini,para peserta telah dilatih untuk memiliki kemahiran melakukan Program CBT ini nanti kepada OKP.
5 gambar diatas ialah diambil pada hari pertama CBT ini diperkenalkan kepada OKP. Untuk pengetahuan pembaca, para OKP yang menyertai CBT ini adalah seramai 30 orang dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan akan dikendalikan oleh 3 pegawai AADK dan...yang paling menariknya..OKP yang terpilih adalah terdiri yang mendapat markah tertentu dalam soal selidik yang dilakukan oleh pihak UNIMAP bermakna...OKP yang terpilih ini adalah yang paling bermasaalah dalam memulihkan diri dari penagihan dadah.
Yaa..dengan ini para pegawai AADK yang terpilih mula sedar ini bukannya perkara yang mudah dalam melaksanakan CBT ini untuk mereka apatah lagi CBT ini perlu diselesaikan dalam masa yang singkat iaitu dalam tempoh tak sampai satu bulan dan sessi CBT ini memerlukan pengisian sebanyak 12 sessi dan setiap hari hanya boleh dilakukan tak lebih dari 2 sessi.
5 gambar diatas adalah dari 5 malam berturut-turut yang dijalankan CBT ini...semua program ini diadakan pada sebelah malam selepas berbincang dengan sebaiknya-baiknya dengan semua OKP yang terlibat..mereka bersetuju untuk hadir selepas Maghrib iaitu bermula jam 8.00malam di Pusat Khidmat AADK(CCSC) dan...setiap sessi semuanya selesai yang paling awal adalah sekitar jam 12.00tengah malam dan sehabis lewat selepas jam 1.00pagi..Alhamdulillah. Pada gambar diatas ialah OKP dalam kumpulan 1 yang seramai 15 orang.
2 gambar diatas menunjukkan malam terakhir CBT ini dan merupakan penghujung program dimana memerlukan semua peserta membaca ikrar dan bersalam-salaman sesama mereka supaya mereka semua sedar kepulihan juga memerlukan sokongan sesama mereka dan mempelajari ilmu pengetahuan berkaitan kepulihan sepanjang hayat adalah berterusan.
Akhir kata..penulis berpandangan setiap usaha yang dilakukan mesti dilakukan dengan semangat ROH yang tinggi,tidak mengenal erti penat lelah dan ingin melihat anak bangsa bebas dari gejala penyalahgunaan dadah..insyaallah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaseh penulis kepada TUAN HAJI HUZILI BIN HUSSIN , Pensyarah Kanan UNIMAP atas daya usaha beliau dalam melatih penulis dan rakan-rakan supaya mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi dalam menjayakan CBT ini.
Tidak ketinggalan juga kepada pihak Pengurusan Tertinngi AADK dari semua peringkat yang memberi kerjasama secara langsung ataupun tidak langsung..kepada kakitangan yang terlibat untuk melalui pengalaman yang bernilai ini.
Semoga CBT ini dapat kita di-aplikasikannya pada masa-masa hadapan..insyaallah.