Jumaat, 15 Mac 2013

MAHABAH (MASJID HENTIAN BEBAS DADAH)


Haa..ini Program MAHABAH yang setiap tahun pihak AADK tak ketinggalan melaksanakannya. Konsep program ini adalah dengan mendekati warga masjid terutama pada hari Jumaat dan pada waktu solat Jumaat kerana waktu inilah paling ramai orang hadir ke masjid.
Program ini,pihak AADK terlebih dahulu memohon kebenaran daripada pihak Majlis Agama Negeri, selepas ok..barulah program ini dijalankan.

Kenapa pihak AADK pergi ke masjid untuk menjalankan aktiviti pencegahan ini dan tidak ke tempat berisiko..jawapannya mudah, para orang ramai terutama ketua-ketua keluarga perlu mengetahui bahaya ancaman dadah semasa ini kepada anak-anak mereka. Maka selepas diberi penerangan oleh pihak AADK barulah mereka ini sedar bahawa pentingnya memiliki ilmu pengetahuan dalam mendidik anak-anak dewasa ini berkaitan bahayanya penyalahgunaan dadah. Gambar diatas diambil pada 15hb Mac 2013 di Masjid Batu 5,Kuala Perlis.
so, apa lagi..moh kita ke masjid..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan