Rabu, 4 September 2013

RAWATAN PEMULIHAN DADAH RUMAH SHIQAL

ANDA MEMPUNYAI MASALAH PENAGIHAN DADAH ?
ADA SESIAPA DIKALANGAN SAUDARA ANDA TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH ?

       KAMI SEDIA MEMBANTU !!!!!

rawatan yang dijalankan ;
  • menghilangkan ketagihan awal 
merawat 'kegianan' kepada kesan fizikal
  • terapi fizikal 
mengembalikan kekuatan fizikal
  • santapan rohani
menambah kekuatan rohani dengan ilmu yang bermanafaat
  • memantapkan ukhwah
memberi keyakinan pada diri
  • latihan kemahiran
menyediakan asas kemahiran hidup
"kita sebenarnya boleh berjaya sebagai insan sekiranya kita tahu kaedah untuk berjaya..."
"tidak akan ada pemulihan sekiranya kita tidak dapat menjaga kepulihan kita dan tidak ada kejayaan sekiranya kita tidak tahu apa itu kejayaan....." Shamzuri Osman, pengasas Rumah Shiqal 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

1) Mereka yang bermasalah dengan penagihan dadah
2) Lelaki & Mempunyai azam untuk merubah
3) Tiada kes mahkamah

4) Kes PS diterima (urusan pertukaran alamat boleh diuruskan)
5) Tidak dikehendaki polis
bergambar bersama Pengarah AADK Perak (Tn. Nazir) diRUMAH SHIQAL
residen bersama pegawai AADK diRUMAH SHIQAL
program psyco-social di Kuala Sepetang
taklimat kepada pelawat RUMAH SHIQAL
 ceramah bahaya dadah di Felda Ijok, Selama



BAHAGIAN PEMULIHAN
pengasas
Sdr. Shamzuri Osman
hp 0175655320

BAHAGIAN PENGURUSAN
pengetua
Sdr. Nadzri Nordin
hp 0175468657

BAHAGIAN PENTADBIRAN
pembantu pentadbiran

Sdr. Shaiful Ahmad Amirul Luqman
hp 0147577353

BAHAGIAN KEWANGAN
pentadbir akaun
Pn. Rosita Mat Hussein
hp 0147577440

Rumah Shiqal

My Photo
    
RUMAH SHIQAL diwujudkan oleh Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak. Diilhamkan oleh Shamzuri Hj. Osman awal 2008. Selama 27 tahun terjebak sebagai penagih dadah sejak berusia 13 tahun, Kini, berazam untuk membantu rakan-rakan senasib, maka pada 1/11/2008 tertubuhlah RUMAH SHIQAL. Pernah menjalani latihan asas dalam bidang kejururawatan psikiatri di HBUK selama 2 tahun,bekerja sebagai JHA di Hospital Pulau Pinang (1993), guru sementara (1985-1987), guru agama (1997-1999), dan bekerja sebagai kontraktor binaan, perabut dan penyelia keselamatan. Disebabkan masalah penagihan yang semakin serious, semua pekerjaan beliau tidak lama. Pernah dimasukkan ke penjara taiping,1996 dan 2006 serta Pusat Serenti Batu Kurau,2005. Kini beliau telah berubah dan menjadi masyarakat normal dan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Beliau juga merupakan pemilik Shifaul Qalbi Enterprise, Pengerusi kepada Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak, Pengerusi Koperasi Shifaul Qalbi Taiping Berhad dari 2009 hingga sekarang dan beliau merupakan Pengasas Rumah Shiqal.

1 ulasan:

  1. Salam. Tuan, saya nak tanya. Bagaimana cara nak masuk ke RUMAH SHIQAL nie. Untuk adik saya. Terima kasih

    BalasPadam