Siapakah yang mempunyai pengaruh paling kuat dalam kehidupan anak anda?
Sudah tentunya Anda!
Ibu bapa sebenarnya mempunyai pengaruh yang lebih kuat ke atas anak-anak mereka berbanding rakan-rakan, muzik, TV, internet dan selebriti. Di samping itu, hanya sebahagian kecil kanak-kanak berkemungkinan terlibat dengan penyalahgunaan dadah sekiranya mereka belajar tentang risiko penggunaan dari ibubapa mereka sendiri.
Bantu anak remaja anda kekal selamat dan membuat pilihan yang sihat dengan:
- Bercakap dan mendengar lebih kerap serta terlibat secara langsung dalam dunia seharian anak anda.
- Menegaskan dengan jelas kepada mereka yang anda tidak mahu mereka menggunakan dadah dan bahan-bahan lain.
APA YANG BOLEH ANDA BANTU DALAM MENANGANINYA?
TINGKATKAN PENGETAHUAN
Cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalahguna dan
tanda-tanda penyalahgunaan.
Sering berkongsi maklumat dengan ibubapa lain, guru dan jiran
Hargai maklumat orang lain berkenaan anak anda
PENDIDIKAN YANG KUKUH DAN BERKESAN BERMULA DARI RUMAH
Terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
Beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan
Awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang
ketara
JADILAH RAKAN YANG PALING BAIK KEPADA ANAK ANDA
Sentiasa berkomunikasi dengan anak anda
Berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
Kenali rakan-rakan anak anda
Ketahui di mana anak anda berada pada setiap masa.
1
S