Khamis, 12 Julai 2018

Memahami Penyalahgunaan Dadah dan Kesannya

Siapakah yang mempunyai pengaruh paling kuat dalam kehidupan anak anda?

 
Sudah tentunya Anda!
Ibu bapa sebenarnya mempunyai pengaruh yang lebih kuat ke atas anak-anak mereka berbanding rakan-rakan, muzik, TV, internet dan selebriti. Di samping itu, hanya sebahagian kecil kanak-kanak berkemungkinan terlibat dengan penyalahgunaan dadah sekiranya mereka belajar tentang risiko penggunaan dari ibubapa mereka sendiri.
Bantu anak remaja anda kekal selamat dan membuat pilihan yang sihat dengan:
    • Bercakap dan mendengar lebih kerap serta terlibat secara langsung dalam dunia seharian anak anda.
  • Menegaskan dengan jelas kepada mereka yang anda tidak mahu mereka menggunakan dadah dan bahan-bahan lain.

APA YANG BOLEH ANDA BANTU DALAM MENANGANINYA? TINGKATKAN PENGETAHUAN  Cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalahguna dan tanda-tanda penyalahgunaan.  Sering berkongsi maklumat dengan ibubapa lain, guru dan jiran  Hargai maklumat orang lain berkenaan anak anda PENDIDIKAN YANG KUKUH DAN BERKESAN BERMULA DARI RUMAH  Terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul  Beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan  Awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara JADILAH RAKAN YANG PALING BAIK KEPADA ANAK ANDA  Sentiasa berkomunikasi dengan anak anda  Berkongsi masalah dan pengalaman dengannya  Kenali rakan-rakan anak anda  Ketahui di mana anak anda berada pada setiap masa. 1 S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan