Khamis, 30 Mei 2013

POLIS KELANTAN RAMPAS LEBIH 93,000 PIL KUDA BERNILAI RM2.97 JUTA

 Kota Bharu, 30 Mei - Polis Kelantan merampas 93,694 bijil pil
kuda bernilai RM2.97 juta, yang terbesar setakat ini di Kelantan, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kebakat, Wakaf Baharu, Tumpat semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pada 4.15 petang itu, polis turut menahan dua pemuda b...erumur 23 dan 27 tahun yang disyaki pengedar dadah serta menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan mesin pengira wang.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui 40 bungkusan pil kuda bertanda WY dalam sebuah beg pakaian yang disorok di bawah katil.

"Kami percaya rumah sewa itu dijadikan pusat transit sebelum pil kuda diedar kepada pengedar kecil dan penagih bagi pasaran Kelantan dan negeri bersempadan dengan Kelantan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata polis percaya kegiatan itu didalangi sindiket di negeri ini dan kedua-dua pemuda itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

"Suspek utama berusia 27 tahun yang berasal dari Kota Baharu mempunyai tiga rekod kes jenayah lampau melibatkan pengedaran dadah dan baharu keluar dari penjara tiga bulan lepas sebelum bergiat aktif menjadi pengedar kira-kira dua bulan lalu.

"Suspek kedua yang berasal dari Pasir Mas pula bekerja sebagai pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum pulang ke kampung halaman dan bertindak menjadi pengedar dadah," katanya.

Hasil ujian air kencing ke atas mereka adalah negatif dadah, katanya. - BERNAMA

Rabu, 22 Mei 2013

PANDANGAN AGAMA ISLAM BERKENAAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah
(S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda
yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.


Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq
(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek
antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat
seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram"
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan
tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"

Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar.

Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap
perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham
telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.


Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-

"Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atas
orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum
arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat
badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.)
dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu
yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada
lafaz dan maknanya."

Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga
kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-

"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya."

Dan sabdanya lagi:-

"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya,
tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang
ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang
yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan
kepadanya".


Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah
Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-

  1. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;
  2. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
  3. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram

Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan
membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-

"Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah (S.W.T.)
maha belas kasihan kepada kamu".

FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-

"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".

Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa
kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-

"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983,
setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak
adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".

Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada
arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.


SHARING IS CARING: Spiked Drinks
 


Spiked Drinks adalah minuman yang telah dimasukkan dengan bahan asing seperti dadah atau alkohol tanpa pengetahuan pemilik minuman tersebut atas tujuan jahat seperti ingin merogol, melakukan rompakan, pencu...likan, sabotaj kepada ahli sukan, juga sebagai hiburan.

Seseorang yang minum spiked drinks mungkin tidak dapat mengawal kelakuannya sendiri; berasa mengantuk, keliru, sangat pening sehingga mendapati sukar untuk bercakap atau bergerak.

WANITA sering dijadikan sasaran utama. Namun sebenarnya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Ia kerap berlaku di kelab-kelab malam, parti dan juga ketika berjanji temu terutama dengan orang yang baru pertama kali berjumpa.

Berikut adalah tips bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa Spiked Drinks:

1. MAKLUM LOKASI: Pastikan ahli keluarga atau rakan karib tahu di mana anda berada. Maklumkan juga kepada mereka dengan siapa anda keluar dan jangkaan waktu anda akan pulang.

2. PILIH MINUMAN YANG BERTUTUP ATAU DALAM TIN: Jika anda tidak bersama dengan orang yang anda percaya, pastikan memilih minuman yang belum dibuka atau dalam tin daripada minum dari gelas yang telah disediakan lebih awal.

3. TUTUP PERMUKAAN MINUMAN: Jika anda mendapat minuman dalam gelas, tutup permukaan gelas tersebut dengan tapak tangan dalam apa-apa cara sekalipun sehingga sukar untuk sesiapa cuba meletakkan sesuatu ke dalam minuman tersebut ketika anda leka berbual atau sebagainya.

4. AWASI MINUMAN SETIAP MASA: Jangan biarkan minuman anda ditinggalkan begitu sahaja tanpa diawasi pada bila-bila masa sekalipun. Berikan kepada rakan untuk menjaganya atau habiskan minuman tersebut terlebih dahulu jika anda ingin ke tempat lain seperti tandas misalnya. Lebih baik anda meminta minuman yang baru jika ragu-ragu dengan minuman yang ditinggalkan.

5. ELAK TERIMA DARIPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI: Terima minuman hanya daripada orang yang anda percaya. Jika anda ditawarkan minuman oleh seseorang yang tidak dikenali, tolak pelawaan tersebut secara sopan.

6. PERHATI TANDA - TANDA YANG MERAGUKAN: Perkara-perkara seperti minuman telah dialihkan dari posisi asal, warna minuman kelihatan pelik, kuantiti air di dalam gelas seperti bertambah, bau minuman yang agak ganjil, terdapat buih yang mencurigakan pada minuman, atau apa-apa sahaja tanda yang meragukan supaya anda tidak dijadikan mangsa.

BERHENTI MINUM SERTA MERTA: Apabila anda minum sesuatu yang rasanya luar biasa , terus berhenti meminumnya. Anggapkan keadaan di tempat berkenaan tidak lagi selamat dan beredar secepat mungkin. Hubungi ahli keluarga atau rakan baik dengan segera jika khuatir untuk pulang seorang diri. Sebaik-baiknya biarlah berteman jika ke tempat-tempat yang sedemikian.

‘Alhamdulillah, di puncak Everest’



Mohd Nasuha Shamsudin- gambar kiri
 
‘Alhamdulillah’. Hanya ungkapan syukur itu yang mula-mula diungkap Pendaki Everest Felda 2013, Mohd Nasuha Shamsudin 21, ketika menjadi rakyat Malaysia termuda pertama sampai ke puncak Everest .
Beliau bersama lima daripada tujuh pendaki Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl), pagi semalam.
“Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua,” katanya ringkas ketika masih berada di puncak dunia itu yang dihubungi melalui walkie talkie oleh wakil media dan pendaki sokongan di EBC, di sini.

Menurut anak jati FELDA Tersang 3 Raub Pahang itu, beliau pendaki terawal dalam kumpulannya yang tiba di puncak bersama seorang Sherpa dikenali sebagai Pemba yang mengiringinya sepanjang pendakian itu.
Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, dari FELDA Lok Heng Timur, Kota Tinggi Johor, pula menjadi pendaki kedua tiba di puncak pada jam 8.48 pagi waktu Nepal kira-kira 17 minit selepas Mohd Nasuha.

sumber myMetro

think health, not drugs: promosi Klinik Cure and Care 1Malaysia

think health, not drugs: promosi Klinik Cure and Care 1Malaysia:  http://busuk.org/ping/view/710