(S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis
yang menjadi dalil haramnya benda-benda
yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh
Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq
(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat
fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek
antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat
seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-

- Ertinya : "Tiap-tiap yang
memabukkan adalah haram"
- (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau
dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah
Hadis:-
Ertinya :
"Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan
tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"

Pengertian arak adalah luas termasuklah apa
saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal
daripada tabiatnya yang sebenar.
Dalam hubungan ini, dadah mempunyai
pengaruh yang amat keras terhadap
perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa
penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham
telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam
kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-
"Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan
had ke atas
orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum
arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat
badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.)
dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu
yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada
lafaz dan maknanya."

Pengharaman dadah bukan sahaja kepada
sesiapa yang memakannya malahan juga
kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-

"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan
harganya."
Dan sabdanya lagi:-
"Allah (S.W.T.) telah
laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya,
tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang
ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang
yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan
kepadanya".

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di
dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah
Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-

- Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;
- Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
- Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram
Menggunakan dadah dapat diibaratkan
sebagai perbuatan membinasakan dan
membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-

"Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah
(S.W.T.)
maha belas kasihan kepada kamu".
maha belas kasihan kepada kamu".
FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah
(ayat 195) bermaksud:-
"Dan
jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
Menghisap dadah amat merbahaya dan
membawa kepada kedurjanaan dan membawa
kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-

"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang
ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983,
setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

"Sebarang penyalahgunaan, termasuk
penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak
adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".

Daripada dalil-dalil di atas, jelas
kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada
arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

harammmmm~
BalasPadamJadahh..
BalasPadam