SHARING IS CARING: Spiked Drinks
Spiked Drinks adalah minuman yang telah dimasukkan dengan bahan asing seperti dadah atau alkohol tanpa pengetahuan pemilik minuman tersebut atas tujuan jahat seperti ingin merogol, melakukan rompakan, pencu...likan, sabotaj kepada ahli sukan, juga sebagai hiburan.
Seseorang yang minum spiked drinks mungkin tidak dapat mengawal kelakuannya sendiri; berasa mengantuk, keliru, sangat pening sehingga mendapati sukar untuk bercakap atau bergerak.
WANITA sering dijadikan sasaran utama. Namun sebenarnya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Ia kerap berlaku di kelab-kelab malam, parti dan juga ketika berjanji temu terutama dengan orang yang baru pertama kali berjumpa.
Berikut adalah tips bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa Spiked Drinks:
1. MAKLUM LOKASI: Pastikan ahli keluarga atau rakan karib tahu di mana anda berada. Maklumkan juga kepada mereka dengan siapa anda keluar dan jangkaan waktu anda akan pulang.
2. PILIH MINUMAN YANG BERTUTUP ATAU DALAM TIN: Jika anda tidak bersama dengan orang yang anda percaya, pastikan memilih minuman yang belum dibuka atau dalam tin daripada minum dari gelas yang telah disediakan lebih awal.
3. TUTUP PERMUKAAN MINUMAN: Jika anda mendapat minuman dalam gelas, tutup permukaan gelas tersebut dengan tapak tangan dalam apa-apa cara sekalipun sehingga sukar untuk sesiapa cuba meletakkan sesuatu ke dalam minuman tersebut ketika anda leka berbual atau sebagainya.
4. AWASI MINUMAN SETIAP MASA: Jangan biarkan minuman anda ditinggalkan begitu sahaja tanpa diawasi pada bila-bila masa sekalipun. Berikan kepada rakan untuk menjaganya atau habiskan minuman tersebut terlebih dahulu jika anda ingin ke tempat lain seperti tandas misalnya. Lebih baik anda meminta minuman yang baru jika ragu-ragu dengan minuman yang ditinggalkan.
5. ELAK TERIMA DARIPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI: Terima minuman hanya daripada orang yang anda percaya. Jika anda ditawarkan minuman oleh seseorang yang tidak dikenali, tolak pelawaan tersebut secara sopan.
6. PERHATI TANDA - TANDA YANG MERAGUKAN: Perkara-perkara seperti minuman telah dialihkan dari posisi asal, warna minuman kelihatan pelik, kuantiti air di dalam gelas seperti bertambah, bau minuman yang agak ganjil, terdapat buih yang mencurigakan pada minuman, atau apa-apa sahaja tanda yang meragukan supaya anda tidak dijadikan mangsa.
BERHENTI MINUM SERTA MERTA: Apabila anda minum sesuatu yang rasanya luar biasa , terus berhenti meminumnya. Anggapkan keadaan di tempat berkenaan tidak lagi selamat dan beredar secepat mungkin. Hubungi ahli keluarga atau rakan baik dengan segera jika khuatir untuk pulang seorang diri. Sebaik-baiknya biarlah berteman jika ke tempat-tempat yang sedemikian.
infomasi yG beRguNa
BalasPadampakat bg info nnt ye
Padam