Khamis, 28 November 2013
Selasa, 17 September 2013
WE CARE WE SERVE
http://wecareweserve.org/
Adakah anak anda atau orang yang anda sayangi dan kenali menunjukkan tanda-tanda berikut?
Adakah anak anda atau orang yang anda sayangi dan kenali menunjukkan tanda-tanda berikut?
Merahsiakan aktiviti
Biadap lisan/fizikal
Khayal
Murung
Memencilkan diri
Berjaga malam
Sentiasa kesejukan
Kerap kehabisan wang
Tidur siang hari
Banyak/kurang makan
Sekiranya mereka mengalami mana-mana simptom di atas,
mereka mungkin terjebak dengan masalah penggunaan dadah.
Layari laman ini dengan teliti dan dapatkan maklumat mengenai bantuan serta cara-cara menanganinya.Rabu, 4 September 2013
RAWATAN PEMULIHAN DADAH RUMAH SHIQAL
ANDA MEMPUNYAI MASALAH PENAGIHAN DADAH ?
ADA SESIAPA DIKALANGAN SAUDARA ANDA TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH ?
ADA SESIAPA DIKALANGAN SAUDARA ANDA TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH ?
KAMI SEDIA MEMBANTU !!!!!
rawatan yang dijalankan ;
- menghilangkan ketagihan awal
- terapi fizikal
- santapan rohani
- memantapkan ukhwah
- latihan kemahiran
"kita sebenarnya boleh berjaya sebagai insan sekiranya kita tahu kaedah untuk berjaya..."
"tidak akan ada pemulihan sekiranya kita tidak dapat menjaga kepulihan kita dan tidak ada kejayaan sekiranya kita tidak tahu apa itu kejayaan....." Shamzuri Osman, pengasas Rumah Shiqal
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
1) Mereka yang bermasalah dengan penagihan dadah
2) Lelaki & Mempunyai azam untuk merubah
3) Tiada kes mahkamah
4) Kes PS diterima (urusan pertukaran alamat boleh diuruskan)
2) Lelaki & Mempunyai azam untuk merubah
3) Tiada kes mahkamah
4) Kes PS diterima (urusan pertukaran alamat boleh diuruskan)
5) Tidak dikehendaki polis
bergambar bersama Pengarah AADK Perak (Tn. Nazir) diRUMAH SHIQAL |
residen bersama pegawai AADK diRUMAH SHIQAL |
program psyco-social di Kuala Sepetang |
taklimat kepada pelawat RUMAH SHIQAL |
ceramah bahaya dadah di Felda Ijok, Selama
BAHAGIAN PEMULIHAN
pengasas
Sdr. Shamzuri Osman
hp 0175655320
BAHAGIAN PENGURUSAN
pengetua
Sdr. Nadzri Nordin
hp 0175468657
BAHAGIAN PENTADBIRAN
pembantu pentadbiran
Sdr. Shaiful Ahmad Amirul Luqman
hp 0147577353
BAHAGIAN KEWANGAN
pentadbir akaun
Pn. Rosita Mat Hussein
hp 0147577440
Rumah Shiqal
|
Khamis, 30 Mei 2013
POLIS KELANTAN RAMPAS LEBIH 93,000 PIL KUDA BERNILAI RM2.97 JUTA
Kota Bharu, 30 Mei - Polis Kelantan merampas 93,694 bijil pil
kuda bernilai RM2.97 juta, yang terbesar setakat ini di Kelantan, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kebakat, Wakaf Baharu, Tumpat semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pada 4.15 petang itu, polis turut menahan dua pemuda b...erumur 23 dan 27 tahun yang disyaki pengedar dadah serta menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan mesin pengira wang.
"Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui 40 bungkusan pil kuda bertanda WY dalam sebuah beg pakaian yang disorok di bawah katil.
"Kami percaya rumah sewa itu dijadikan pusat transit sebelum pil kuda diedar kepada pengedar kecil dan penagih bagi pasaran Kelantan dan negeri bersempadan dengan Kelantan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Mazlan berkata polis percaya kegiatan itu didalangi sindiket di negeri ini dan kedua-dua pemuda itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
"Suspek utama berusia 27 tahun yang berasal dari Kota Baharu mempunyai tiga rekod kes jenayah lampau melibatkan pengedaran dadah dan baharu keluar dari penjara tiga bulan lepas sebelum bergiat aktif menjadi pengedar kira-kira dua bulan lalu.
"Suspek kedua yang berasal dari Pasir Mas pula bekerja sebagai pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum pulang ke kampung halaman dan bertindak menjadi pengedar dadah," katanya.
Hasil ujian air kencing ke atas mereka adalah negatif dadah, katanya. - BERNAMA

Rabu, 22 Mei 2013
PANDANGAN AGAMA ISLAM BERKENAAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis
Rasulullah
(S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis
yang menjadi dalil haramnya benda-benda
yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh
Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq
(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat
fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek
antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat
seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-
antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat
seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-
- Ertinya : "Tiap-tiap yang
memabukkan adalah haram"
- (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau
dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah
Hadis:-
Ertinya :
"Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan
tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"
tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"
Pengertian arak adalah luas termasuklah apa
saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal
daripada tabiatnya yang sebenar.
Dalam hubungan ini, dadah mempunyai
pengaruh yang amat keras terhadap
perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa
penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham
telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam
kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-
"Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan
had ke atas
orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum
arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat
badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.)
dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu
yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada
lafaz dan maknanya."

Pengharaman dadah bukan sahaja kepada
sesiapa yang memakannya malahan juga
kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-
kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-
"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan
harganya."
Dan sabdanya lagi:-
"Allah (S.W.T.) telah
laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya,
tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang
ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang
yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan
kepadanya".

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di
dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah
Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-
Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-
- Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;
- Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
- Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram
Menggunakan dadah dapat diibaratkan
sebagai perbuatan membinasakan dan
membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-
membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-
"Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah
(S.W.T.)
maha belas kasihan kepada kamu".
maha belas kasihan kepada kamu".
FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah
(ayat 195) bermaksud:-
"Dan
jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
Menghisap dadah amat merbahaya dan
membawa kepada kedurjanaan dan membawa
kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-
kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-
"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang
ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983,
setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-
setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-
"Sebarang penyalahgunaan, termasuk
penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak
adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".
adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".
Daripada dalil-dalil di atas, jelas
kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada
arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

SHARING IS CARING: Spiked Drinks
Spiked Drinks adalah minuman yang telah dimasukkan dengan bahan asing seperti dadah atau alkohol tanpa pengetahuan pemilik minuman tersebut atas tujuan jahat seperti ingin merogol, melakukan rompakan, pencu...likan, sabotaj kepada ahli sukan, juga sebagai hiburan.
Seseorang yang minum spiked drinks mungkin tidak dapat mengawal kelakuannya sendiri; berasa mengantuk, keliru, sangat pening sehingga mendapati sukar untuk bercakap atau bergerak.
WANITA sering dijadikan sasaran utama. Namun sebenarnya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Ia kerap berlaku di kelab-kelab malam, parti dan juga ketika berjanji temu terutama dengan orang yang baru pertama kali berjumpa.
Berikut adalah tips bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa Spiked Drinks:
1. MAKLUM LOKASI: Pastikan ahli keluarga atau rakan karib tahu di mana anda berada. Maklumkan juga kepada mereka dengan siapa anda keluar dan jangkaan waktu anda akan pulang.
2. PILIH MINUMAN YANG BERTUTUP ATAU DALAM TIN: Jika anda tidak bersama dengan orang yang anda percaya, pastikan memilih minuman yang belum dibuka atau dalam tin daripada minum dari gelas yang telah disediakan lebih awal.
3. TUTUP PERMUKAAN MINUMAN: Jika anda mendapat minuman dalam gelas, tutup permukaan gelas tersebut dengan tapak tangan dalam apa-apa cara sekalipun sehingga sukar untuk sesiapa cuba meletakkan sesuatu ke dalam minuman tersebut ketika anda leka berbual atau sebagainya.
4. AWASI MINUMAN SETIAP MASA: Jangan biarkan minuman anda ditinggalkan begitu sahaja tanpa diawasi pada bila-bila masa sekalipun. Berikan kepada rakan untuk menjaganya atau habiskan minuman tersebut terlebih dahulu jika anda ingin ke tempat lain seperti tandas misalnya. Lebih baik anda meminta minuman yang baru jika ragu-ragu dengan minuman yang ditinggalkan.
5. ELAK TERIMA DARIPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI: Terima minuman hanya daripada orang yang anda percaya. Jika anda ditawarkan minuman oleh seseorang yang tidak dikenali, tolak pelawaan tersebut secara sopan.
6. PERHATI TANDA - TANDA YANG MERAGUKAN: Perkara-perkara seperti minuman telah dialihkan dari posisi asal, warna minuman kelihatan pelik, kuantiti air di dalam gelas seperti bertambah, bau minuman yang agak ganjil, terdapat buih yang mencurigakan pada minuman, atau apa-apa sahaja tanda yang meragukan supaya anda tidak dijadikan mangsa.
BERHENTI MINUM SERTA MERTA: Apabila anda minum sesuatu yang rasanya luar biasa , terus berhenti meminumnya. Anggapkan keadaan di tempat berkenaan tidak lagi selamat dan beredar secepat mungkin. Hubungi ahli keluarga atau rakan baik dengan segera jika khuatir untuk pulang seorang diri. Sebaik-baiknya biarlah berteman jika ke tempat-tempat yang sedemikian.
‘Alhamdulillah, di puncak Everest’
Posted by: oshinyue
‘Alhamdulillah’. Hanya ungkapan syukur itu yang mula-mula diungkap Pendaki Everest Felda 2013, Mohd Nasuha Shamsudin 21, ketika menjadi rakyat Malaysia termuda pertama sampai ke puncak Everest .
Beliau bersama lima daripada tujuh pendaki Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl), pagi semalam.
“Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua,” katanya ringkas ketika masih berada di puncak dunia itu yang dihubungi melalui walkie talkie oleh wakil media dan pendaki sokongan di EBC, di sini.
Menurut anak jati FELDA Tersang 3 Raub Pahang itu, beliau pendaki terawal dalam kumpulannya yang tiba di puncak bersama seorang Sherpa dikenali sebagai Pemba yang mengiringinya sepanjang pendakian itu.
Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, dari FELDA Lok Heng Timur, Kota Tinggi Johor, pula menjadi pendaki kedua tiba di puncak pada jam 8.48 pagi waktu Nepal kira-kira 17 minit selepas Mohd Nasuha.
sumber myMetro
Beliau bersama lima daripada tujuh pendaki Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl), pagi semalam.
sumber myMetro
Jumaat, 22 Mac 2013
CBT Satu Sejarah Program Pemulihan Untuk OKP
Jumpa lagi di arena blog ini. Ok..kenapa kali ini editor memilih tajuk ini. Tidak lain tidak bukan kerana editor sangat tersentuh dan kagum diatas ingatan oleh peserta dalam program ini sehari yang lepas dan tidak lain tidak bukan OKP di pejabat editor bertugas ini.
Penulis akan meringkaskan topik ini sedaya yang boleh dengan cara menyertakan Gambar-gambar yang menarik dan akan membuat ulasan pada gambar itu sahaja dan sudah tentu akan bermula dengan kursus selama 3 hari seperti gambar dibawah ini.
Gambar peserta kursus yang terdiri daripada Kakitangan AADK Zon Utara iaitu dari Perlis sehingga ke Pulau Pinang dan juga kakitangan Jabatan Kaunseling Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
Di atas ini ialah banner untuk kursus yang penulis sertai, walaupun kursus tersebut dilakukan pada tahun 2011,tetapi penulis terasa seperti baru semalam diadakan..alhamdulillah.
Dalam kursus ini penulis dan semua peserta sangat dititikberatkan supaya melakukan praktikal yang bersungguh-sungguh supaya dapat menepati ciri-ciri seorang kaunselor yang baik serta dapat menyampaikan modul CBT ini mengikut kualiti yang telah gariskan oleh Pencetus Program CBT ini,
iaitu: Pensyarah Kanan UNIMAP
Tuan Haji Huzili Bin Hussin
Pada gambar diatas menunjukkan sepanjang 3 hari berkursus, 90% pengisiannya adalah melakukan praktikum yang berkonsepkan KSB..Inilah keistimewaan dalam kursus ini,para peserta telah dilatih untuk memiliki kemahiran melakukan Program CBT ini nanti kepada OKP.
5 gambar diatas ialah diambil pada hari pertama CBT ini diperkenalkan kepada OKP. Untuk pengetahuan pembaca, para OKP yang menyertai CBT ini adalah seramai 30 orang dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan akan dikendalikan oleh 3 pegawai AADK dan...yang paling menariknya..OKP yang terpilih adalah terdiri yang mendapat markah tertentu dalam soal selidik yang dilakukan oleh pihak UNIMAP bermakna...OKP yang terpilih ini adalah yang paling bermasaalah dalam memulihkan diri dari penagihan dadah.
Yaa..dengan ini para pegawai AADK yang terpilih mula sedar ini bukannya perkara yang mudah dalam melaksanakan CBT ini untuk mereka apatah lagi CBT ini perlu diselesaikan dalam masa yang singkat iaitu dalam tempoh tak sampai satu bulan dan sessi CBT ini memerlukan pengisian sebanyak 12 sessi dan setiap hari hanya boleh dilakukan tak lebih dari 2 sessi.
5 gambar diatas adalah dari 5 malam berturut-turut yang dijalankan CBT ini...semua program ini diadakan pada sebelah malam selepas berbincang dengan sebaiknya-baiknya dengan semua OKP yang terlibat..mereka bersetuju untuk hadir selepas Maghrib iaitu bermula jam 8.00malam di Pusat Khidmat AADK(CCSC) dan...setiap sessi semuanya selesai yang paling awal adalah sekitar jam 12.00tengah malam dan sehabis lewat selepas jam 1.00pagi..Alhamdulillah. Pada gambar diatas ialah OKP dalam kumpulan 1 yang seramai 15 orang.
2 gambar diatas menunjukkan malam terakhir CBT ini dan merupakan penghujung program dimana memerlukan semua peserta membaca ikrar dan bersalam-salaman sesama mereka supaya mereka semua sedar kepulihan juga memerlukan sokongan sesama mereka dan mempelajari ilmu pengetahuan berkaitan kepulihan sepanjang hayat adalah berterusan.
Akhir kata..penulis berpandangan setiap usaha yang dilakukan mesti dilakukan dengan semangat ROH yang tinggi,tidak mengenal erti penat lelah dan ingin melihat anak bangsa bebas dari gejala penyalahgunaan dadah..insyaallah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaseh penulis kepada TUAN HAJI HUZILI BIN HUSSIN , Pensyarah Kanan UNIMAP atas daya usaha beliau dalam melatih penulis dan rakan-rakan supaya mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi dalam menjayakan CBT ini.
Tidak ketinggalan juga kepada pihak Pengurusan Tertinngi AADK dari semua peringkat yang memberi kerjasama secara langsung ataupun tidak langsung..kepada kakitangan yang terlibat untuk melalui pengalaman yang bernilai ini.
Semoga CBT ini dapat kita di-aplikasikannya pada masa-masa hadapan..insyaallah.
Isnin, 18 Mac 2013
PROGRAM RIADAH KLIEN BERSAMA PEMIMPIN
Program riadah klien bersama Pemimpin telah di-adakan pada 17hb Mac 2013, Ahad di Taman Rekreasi Bukit Kubu,Kuala Perlis. Program ini telah dihadiri oleh YB Tuan Mat B. Hasan, ADUN Kuala Perlis. Tidak ketinggalan juga Penolong Pengarah AADK N.Perlis, Encik Chairi Bin Arsyad turut sama mengikuti. Program ini dihadiri seramai hampir 100 orang klien dari kawasan Kuala Perlis, Kangar & Simpang Empat.
Program ini dimulakan dengan aktiviti senam cergas yang ketuai oleh Kakitangan AADK Perlis Selatan. Senam cergas ini dilakukan atas dasar memberi kesedaran kepada klien betapa pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan yang mana ianya juga salah satu faktor dalam mengekalkan kepulihan sepanjang hayat.
Selepas mendengar sedikit ucapan daripada YB Tuan Mat B. Hasan serta Pen.Pengarah AADK Perlis En.Chairi Arsyad. semua klien yang hadir mengikuti aktiviti sukan rakyat seperti sepak raga bulat dan toi.
Jumaat, 15 Mac 2013
MAHABAH (MASJID HENTIAN BEBAS DADAH)
Haa..ini Program MAHABAH yang setiap tahun pihak AADK tak ketinggalan melaksanakannya. Konsep program ini adalah dengan mendekati warga masjid terutama pada hari Jumaat dan pada waktu solat Jumaat kerana waktu inilah paling ramai orang hadir ke masjid.
Program ini,pihak AADK terlebih dahulu memohon kebenaran daripada pihak Majlis Agama Negeri, selepas ok..barulah program ini dijalankan.
Kenapa pihak AADK pergi ke masjid untuk menjalankan aktiviti pencegahan ini dan tidak ke tempat berisiko..jawapannya mudah, para orang ramai terutama ketua-ketua keluarga perlu mengetahui bahaya ancaman dadah semasa ini kepada anak-anak mereka. Maka selepas diberi penerangan oleh pihak AADK barulah mereka ini sedar bahawa pentingnya memiliki ilmu pengetahuan dalam mendidik anak-anak dewasa ini berkaitan bahayanya penyalahgunaan dadah. Gambar diatas diambil pada 15hb Mac 2013 di Masjid Batu 5,Kuala Perlis.
so, apa lagi..moh kita ke masjid..
Isnin, 11 Mac 2013
GAMBAR PILIHAN BULAN INI
Gambar pilihan editor yang pertama ialah gambar di atas..mmm sungguh meriah sekali para sukarelawan AADK ketika mengikuti aktiviti KEMPEN PENANAMAN SEJUTA POKOK di Rumah Kanak-Kanak Arau pada 2hb Mac 2013..inilah yang dikatakan KESUKARELAAN BUKANNYA PILIHAN,IANYA SATU TANGGUNGJAWAB, semoga penat lelah dan masa emas para sukarelawan kita yang telah dikorbankan dalam melakukan aktiviti murni ini, hanya Allah ST sahaja yang dapat membalasnya nanti..insyaAllah.
Just untuk melepaskan sedikit kepenatan melakukan kerja-kerja seharian. Catatan untuk kali ini adalah GAMBAR PILIHAN EDITOR yang ke-2 untuk bulan ini...hihi,tidak lain tak bukan gambar ini.. PP AADK Negeri Perlis. Tuan Nasru`d-din Bin Hj. Abdul Rahman atau nama manjanya Nash, bersama seorang ahli SKUAD 1 MALAYSIA, dengan aksi yang menarik `PEACE KDN`
We Love U All.. :)
Sabtu, 9 Mac 2013
IKRAR AMAN
IKRAR AMAN di lancarkan bersama para pendidik dan pelajar SK Islahiah Bohor Mali pada 9hb Mac 2013. Para peserta mengekspresikan dengan menurunkan cap jari simbol "PEACE" di kain rentang sebagai menginginkan keamanan dan sudah tentunya tanpa DADAH DURJANA. Semoga negara tercinta ini sentiasa aman dan makmur, InsyaAllah..peaceeeee KDN
KEMPEN PENANAMAN SEJUTA POKOK
Kempen Penanaman Sejuta Pokok telah dijalankan oleh AADK Daerah Perlis Selatan di SK Islahiah Bohor Mali,Simpang Empat,Perlis dengan kerjasama pihak Pentadbiran Sekolah dan PIBG sekolah tersebut. Konsep kempen ini adalah memberi ruang aktiviti bagi SKUAD 1 Malaysia yang mana para sukarelawan terdiri darpada generasi belia memeriahkannya bersama AADK dan masyarakat.
Kempen ini di jalankan pada 9hb Mac 2013 di kawasana SK Islahiah Bohor Mali yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
SYABAS pada semua yang terlibat...
Jumaat, 8 Mac 2013
JELAJAH JANJI DITEPATI
Program JELAJAH JANJI DITEPATI yang dilangsungkan pada 3hb Mac 2013 bertempat di Stadium Utama Kangar sangat meriah di mana kehadiran VVIP tidak lain tidak bukan PM Malaysia Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak. Di program ini booth KDN tidak ketinggalan mengambil bahagian. Semua Jabatan dibawah Kementerian Dalam Negeri(KDN) iaitu PDRM,AADK,Imigresen,JPAM,RELA,Jabatan Pendaftaran,Perfileman semuanya berada dibawah satu bumbung ini.
AADK Negeri Perlis salah satu agensi utama memerangi dadah juga mengambil kesempatan untuk menrik pelawat yang datang untuk terlibat dalam program Kesukarelaan iaitu menjadi ahli RADA di bawah SKUAD 1 MALAYSIA.
AADK Perlis juga giat menghebahkan aktiviti semasa seperti PENANAMAN SEJUTA POKOK dan terkini IKRAR AMAN "Peace KDN"
Dalam gambar ni terdapat pengunjung bertuah yang sempat bergambar bersama Pegawai dari AADK Perlis.
Peaceeeee....
Langgan:
Catatan (Atom)